myspace codes

Friday, 8 June 2012

Hanya Ingin Kau Tahu

Thursday, 10 May 2012

Doa Ketenangan Jiwa


Ya Tuhan kami, curahkanlah kesabaran atas kamidan teguhkanlah pendirian kami serta tolonglah kami terhadap golongan yang kafir.
Ya Tuhan kami, janganlah kau palingkan hati kamisetelah Engkau tunjuki dan berilah kami dari hadhirat-Mu rahmat karena Engkau adalah Yang Maha Pemberi.
Ya Allah kukuhkanlah aku dari kemungkinan terpelesetnya iman,dan berilah aku petunjuk dari kemungkinan sesat.Ya Allah sebagaimana Engkau telah memberi penghalang antara aku dan hatiku,maka berilah penghalang antaraku dan antara syaitan serta perbuatannya.
Ya Allah aku mohonkan pada-Mu jiwa yang tenang tenteram, yang percaya pada pertemuan dengan-Mu dan redha atas keputusan-Mu serta merasa cukup puas dengan pemberian-Mu.


Hasbunallah wani’mal Wakil”

(Cukuplah Allah sebagai penolong kami,dan Allah adalah sebaik-baik pelindung)(Al- Imran 3:173)

Wednesday, 1 February 2012



pengaruh warna ::: mari kita tngok ari nie kita pakai baju warna apa...

Warna Merah : Meningkatkan kadar denyut nadi, menjadikan anda sentiasa berwaspada dan membaiki penilaian anda. Ia juga menaikkan daya hidup dan seksualiti.

Warna Jingga : Menaikkan perasaan puas hati dan gembira. Juga membantu mengatasi ketegangan.

Warna Kuning : Warna yang paling akrab dalam mewujudkan persekitaran yang bersemangat dan bergetar.

Warna Hijau : Rehat, segar dan tenang. Ia juga boleh mengimbangi kadar tenaga dan mengurangkan stress.

Warna Turquoise : Warna ini juga lembut dan menyegarkan, elok (firus) untuk menyemarakkan saraf dan demam. Ia juga meningkatkan system imunisasi.

Warna Biru : Damai, tenang dan memudahkan tidur. Warna ini dapat melawan ketegangan, asma, gementar dan menurunkan tekanan darah.

Warna Violet : Menenangkan tubuh dan minda, dalam masa yang sama ia boleh meningkatkan keyakinan dan memperbaiki perasaan rendah diri.

Warna Ungu : Warna yang menggoda dan agresif yang dapat meninggalkan tahap pengeluaran tenaga.

Warna Hitam : Memperhebatkan tindakbalas emosi dan membanru mewujudkan persekitaran yang berkuasa dan dramatik.



Tuesday, 31 January 2012

saya budak budak baru belajar.... hurmm... :'(

Tuesday, 17 January 2012

AYAT-AYAT CINTA

Dengan Cinta Datangnya Sabar,
Orang Bercinta tiada Gusar,
Apa berlaku hanyalah Mata Kasar,
Mata hati tetap berkobar-kobar.
Dengan Cinta tiada Was-Was,
Apa dibuat biarlah berbalas atau tidak berbalas,
Waktu bersua, diri sentiasa kemas,
Wangian harum, percikannya ikhlas.
Dengan Cinta Sentiasa Mahu Berhubung,
Juga Rasa Mahu Bersama,
Harapan tinggi sampai ke penghujung,
Selepas Nyawa bertemu di Syurga
Dengan Cinta datang pengorbanan,
sentiasa hidup dalam bantuan,
Sungguh indah Hidup Bertuhan,
Kerana Allah, Cintaku murnikan.
Lembaran Cinta tanda kekuasaan,
Sentiasa ada sepanjang Zaman,
Melalui Kekasih Dia Sampaikan,
Buat pedoman cinta sepanjang Jalan.
Dengan Cinta penuh Pengharapan,
Takutnya hilang cinta dari Tuhan,
Sentiasa Diri dalam Persiapan,
Sampai waktu, akan disemadikan.

Ya Allah! Aku minta kepada Engkau semua kebaikan masa kini dan akan datang samada yang aku ketahui atau tidak dan tahu dan aku berlindung kepada Engkau dari semua kejahatan yang masa kini dan akan datang samada yang aku tahu atau tidak.